Adakah jawapan ini memuaskan anda?

Tuesday, 6 March 2018

taktik dan strategi peperangan dalam Islam P2

Soalan 38: Nabi Muhammad S.A.W. telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dan  memperaktikkan  taktik dan strategi peperangan. Bincangkan taktik dan strategi  yang dilaksanakan oleh baginda.

Pendahuluan

  Islam hanya menggalakkan peperangan setelah turunnya wahyu.  Peperangan hanyalah bertujuan mempertahankan kedaulatan Islam daripada ancaman musuh. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah menyertai dua jenis peperangan iaitu sariyah dan ghazwah.   
  Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan baginda menggunakan beberapa  rancangan strategi sebelum peperangan.
Isi-isi penting

1.       Taktik Perang

a)       Taktik Menunggu Musuh: Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

b)      Taktik al – Saf : Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

c)       Taktik Menggali Parit : Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera musuh  memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota. Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

d)      Taktik Kepungan : Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif. Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

e)       Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar : Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

f)        Taktik Penyamaran : Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi. Musuh akhirnya tewas.

2.       Strategi Perang

a)       Menguasai tempat strategik – contoh Perang Badar(2H).  Tindakan pantas tentera Islam menguasai kawasan punca air yang menyebabkan musuh keputusan bekalan. Perang Uhud – Nabi Muhammad s.a.w meletakkan tentera di atas Bukit Uhud.

b)      Menanti kedatangan musuh atau bertahan- Perang Khandak, atas cadangan Salman al Farisi, sebuah parit digali di sekeliling kota Madinah sebagai benteng.

c)       Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka- Perang Tabuk, kesinambungan dari Perang Mu’tah(8H) berperang dengan tentera Byzantine yang besar jumlahnya.  Tidak mengejar musuh bagi mengelak tentera Islam dari terperangkap dengan strategi musuh.  Ini memberi kemenangan moral kepada tentera Islam

d)      Mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi - Perang Ta’if, ke atas benteng pertahanan pihak musuh di bawah pimpinan Malik bin Auf.  Nabi juga memberi amaran kepada Bani Thaqif untuk membakar kebun seandainya mereka enggan menyerah atau tunduk di bawah pemerintahan Islam.  Strategi ini turut digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih.

Kesimpulan :

  Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
  Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.



Soalan 39: Huraikan strategi peperangan Zaman Nabi Muhammad s.a.w dan Khulafa' al-Rasyidin.

Pendahuluan

  Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
  Matlamat penubuhan angkatan tentera untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyirikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi. Pada zaman Rasullulah s.a.w, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah

Isi-isi penting:
       
1. Menguasai Tempat Strategik

  Perang Badar berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun bilangan tentera berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000 orang.
  Antara faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai kawasan punca air. Dengan demikian , pihak musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan peperangan.

2. Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit

  Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi bagi melindungi kota Madinah Daripada serangan musuh Islam.
  Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan Allah SWT telah memecahbelahkan musuh.

3. Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit

  Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka strategi perang. Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud.
  Ternyata keadah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun disebabkan kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah. Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meniggalkan posisi masing-masing.

4. Kaedah Penyamaran

  Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud telah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
  Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa

6.       Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh

  Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad s.a.w kerana menerima syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah, baginda tetap menerima syarat perjanjian tesebut kerana menjangkakan bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak.
  Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah mencabuli perjanjian tersebut. Akibat syarat perjanjian dicabuli berikutan pihak Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad s.a.w dan para tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.

6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka

  Tindakan Nabi Yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh tentera Islam.
  Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dengan strategi musuh. Apatah lagi peperangan tersebut juga telah meragut ramai syuhada seperti Zaid bin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

Penutup

  Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera di medan perang.

taktik dan strategi peperangan dalam Islam P2

Soalan 38: Nabi Muhammad S.A.W. telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dan  memperaktikkan  taktik dan strategi peperangan. Bincangk...